Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g dnb

Muktamad, DNB Satu-Satunya Penyedia 5G Tapi Pegangan Ditawar Pada Syarikat ‘Telco’

Diterbitkan Mac 16, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Menteri Kewangan mengumumkan sebentar tadi bahawa pelaksanaan infrastruktur 5G akan diteruskan melalui Digital Nasional Berhad (DNB) melalui sistem rangkaian borong tunggal atau single wholesale network (SWN), seperti dirancang sejak awal penubuhan DNB.

Terdahulu, syarikat telekomunikasi telah bersepakat menghantar usul untuk kerajaan melaksanakan model double wholesale network (DWN). Dalam cadangan ini, sebuah lagi konsortium yang dianggotai syarikat telekomunikasi akan terlibat membangunkan infrastruktur 5G di negara ini bersama DNB.

Bercakap pada media, Tengku Zafrul menjelaskan kerajaan akan memegang 30% pegangan dalam DNB dan akan menawarkan selebihnya kepada syarikat telekomunikasi.

“Tawaran pegangan ekuiti akan disiapkan pada akhir Jun 2022, dibawa ke hadapan dari 2024 untuk menggalakkan perkongsian awam-swasta dalam pelancaran 5G,” terang Tengku Zafrul dalam sidang media bersama Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia menegaskan melalui model rangkaian borong tunggal (SWN), spektrum 5G akan diperuntukkan khas untuk DNB dan kemudiaannya akan ditawarkan kepada syarikat telekomunikasi.

Sumber: The Edge

Baca juga:

  • Ini Sebab Pihak Telekomunisasi Tidak Setuju Dengan Rangkaian 5G Seliaan DNB
  • Ini Adalah Perbandingan Harga Internet Fiber Di Malaysia
  • Opensignal: Selepas Ada 5G, ’Ranking’ Kelajuan Internet Malaysia Dan Singapura Sama-Sama Jatuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY