Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Muat Turun Borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”

Muat Turun Borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”

Diterbitkan Mei 4, 2020 oleh ariff bukhari

Hanya untuk orang ramai yang tiada kemudahan telefon pintar.

Selain daripada cara melalui aplikasi Gerak Malaysia bagi memohon pergerakan rentas negeri, orang ramai juga boleh memohon dengan mengisi borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang disediakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Cuma borang ini hanyalah khusus bagi mereka yang tiada kemudahan telefon pintar.

Berikut adalah prosedur pengisian borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” sepertimana yang dinyatakan oleh pihak PDRM:-

  1. Memuat turun borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” di Media Sosial Rasmi PDRM,
  2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan,
  3. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan
  4. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang “Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)” yang telah disediakan.

PDRM sekali lagi mengingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja.

Borang ini boleh dimuat turun menerusi laman rasmi Facebook PDRM. Sebarang info lanjut, layari laman rasmi Facebook PDRM.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY