Kecoh seluruh negara apabila Bank Negara Malaysia mengumumkan OctaFX dimasukkan ke dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan. Anda boleh baca berita penuh di SINI.
Antara yang menyebabkan nama platform ini terkenal kerana usaha mereka mempromosinya melalui media sosial terutamanya YouTube. Tambah pula, mereka menggunakan selebriti terkenal dan pempengaruh dalam menambat hati pengguna.
Apakah itu Senarai Amaran Pengguna Kewangan?
Jelas bank pusat itu, sesebuah syarikat akan dimasukkan ke dalam senarai ini jika ia disalah anggap atau kelihatan sebagai entiti atau skim berlesen atau dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Walau bagaimanapun, jika selepas itu nama entiti atau skim tersebut tiada atau dikeluarkan daripada senarai FCA tersebut, hal ini tidak seharusnya ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa entiti atau skim berkenaan telah diberi lesen atau berada di bawah kawal selia BNM.
{suggest}
Apa yang kita boleh buat dalam masa 15 minit?
Dengan pengumuman daripada BNM itu, kebanyakan pengguna mula menyoal apa nasib selebriti dan pempengaruh tempatan yang terlibat mempromosinya.
Bukan itu sahaja, kebanyakan mereka juga meluahkan perasaan terpendam selama ini — rimas, benci, terganggu, ‘annoyed’ dan ‘rengsek’ dengan iklan OctaFX yang selama ini mengganggu tontonan di YouTube.
Tidak cukup dengan komen menyindir dialog dalam iklan, “Dalam hidup ini banyak yang nak kena tunggu, kan?” mereka juga tag akaun-akaun selebriti dan pempengaruh terlibat.
Iklannya bukan terhad di YouTube, tetapi juga media sosial dan laman web lain.
Ternyata, iklan OctaFX berjaya mendapatkan publisiti dimahukan mereka tetapi meninggalkan imej negatif kerana terlalu berlebihan. Over sangat, kata orang,
Kami kongsikan di bawah luahan pengguna yang mahu iklan platform forex ini berhenti daripada tersiar di skrin peranti mereka.
Apakah iklan-iklan ini akan diturunkan daripada YouTube dan media sosial kelak?
Kita perlu sedar bahawa pengumuman BNM itu bukanlah bermakna ia diharamkan langsung daripada memunculkan diri di Malaysia sebaliknya hanya mengingatkan pengguna untuk berwaspada daripada terlibat.
Ia juga satu peringatan bahawa BNM dan pihak berkuasa tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang terjadi di platform itu kerana ia tidak diiktiraf secara sah.
Jadi, kalau YouTube boleh memaparkan iklan OctaFX sebelum ini yang sememangnya tidak pernah diiktiraf BNM, apa bezanya sekarang?
Cumanya, saya pasti persepsi orang awam terhadap OctaFX setiap kali iklannya bermain lebih mendalam selepas pengumuman itu. Segala ‘rengsek’ dan dendam selama ini, semakin menebal. Kesabaran mereka semakin teruji. Iman, senipis bawang.
Tapi jika OctaFX tidak kisah dengan semua sentimen negatif itu, maka tidak mustahil anda akan terus dihidangkan dengan iklan mereka. Mungkin, ada muka baharu?