MSI Titan GT77 Dilancarkan - Komputer Riba 'Gaming' MSI Paling Berkuasa

MSI telah melancarkan komputer riba gaming baharu, MSI Titan GT77 dalam acara MSIology: Ahead of The Curve pada 7 Jun. MSI Titan GT77 adalah komputer riba pertama dengan kemampuan untuk overclock padanya.

Hal ini demikian, Titan GT77 menggunakan CPU (central processing unit) paling berkuasa dalam kelasnya, Intel i9-12900HX. CPU ini mempunyai 8 Teras Prestasi dan 8 Teras Kecekapan yang membawa kepada 16 jumlah teras yang ada padanya.

Oleh itu, Titan GT77 mampu memberikan peningkatan dalam prestasinya lebih 200% berbanding abangnya, Titan GT76 yang terdahulu.



Tambahan lagi, Titan GT77 dikuasakan Nvidia GeForce RTX 3080 Ti yang merupakan salah satu kad grafik gaming paling berkuasa dipasaran. Komputer riba MSI Titan GT77 menawarkan slot upgrade yang lebih banyak dengan 4 slot memori RAM DDR5 dan 4 slot storan PCIe SSD 1 (PCIe Gen5, 3 PCIe Gen4).

Di bawah beban permainan yang penuh, peranti Titan GT77 ini mampu menyalurkan kuasa hingga 250W kepada CPU dan GPU dek kecekapan teknologi OverBoost daripada MSI.



Tidak kurang dari itu, MSI Titan GT77 menyokong paparan skrin pada resolusi 4K dan kadar segar semula ultra-pantas 120Hz. Secara keseluruhan, komputer riba ini sangat sesuai untuk pemain kasual hinggalah hardcore gamer.

Bukanlah satu perkara yang senang untuk dinafikan jika saya mengatakan bahawa ini mungkin merupakan komputer riba paling berkuasa yang ada di pasaran ketika ini. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan MSI Titan GT77 melalui pautan ini.

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Baca juga: