Pada 2 Jun lepas, Blizzard Entertainment telah melancarkan permainan mudah alih baharu, Diablo Immortal yang menyokong rentas-platform (cross-platform) untuk iOS, Android dan PC. Walau bagaimanapun, model pengewangan (monetization) yang ada dalam Diablo Immortal sangat agresif walaupun ini adalah permainan mudah alih percuma.
Seorang YouTubers Bellular News telah mengupas dan menjelaskan perkara ini dan anda boleh menontonnya melalui video di bawah:
Dalam Diablo Immortal, anda akan menaikkan level karakter anda jika mahu terus bermain dalam dunia permainan ini. Apabila sampai pada level yang tertentu, anda memerlukan Permata Lagenda (Legendary Gems) untuk terus menaikkan level karakter anda.
Tetapi yang menjadi masalah, permata ini sangat sukar untuk didapati terutamanya jika anda mencari permata 5-bintang. Selain itu, setiap karakter boleh dilengkapi dengan pelbagai permata dan setiap permata boleh dinaikkan level.
Tidak berhenti setakat itu kerana setelah anda selesai menaikkan level mereka sepenuhnya, anda perlu Awakened karakter anda. Seusai itu, anda boleh menguatkan lagi karakter anda melalui sistem Resonance.
Apa yang anda perlu tahu adalah, semua proses di atas memerlukan waktu permainan yang sangat lama dan tuah sekiranya anda merancang untuk bermain tanpa mengeluarkan wang. Tetapi, anda boleh melalui jalan pintas dalam semua proses di atas dengan membelanjakan wang tunai.
Dalam anggaran, individu yang mahu memaksimumkan karakter dengan binaan terbaik perlu membelanjakan wang tunai sekitar USD110,000 (~RM483,560) atau lebih.
Binaan terbaik adalah dengan melengkapi karakter anda dengan 6 Permata Lagenda pada gred 5-Bintang yang telah dinaiktaraf hingga Rank-10.
Sumber: wccftech
Baca juga: