Sekarang sudah masuk bulan Jun dan kita sedang mengalami waktu siang yang sentiasa panas dari pagi sampai ke petang. Peningkatan suhu ini bukan sahaja dialami oleh kita, malahan boleh mempengaruhi suhu pada CPU (central processing unit).
Tambahan lagi, selepas bertahun-tahun melalui fasa pembangunan, CPU komputer telah bertambah daripada 4 teras kepada 8, 10 dan ada yang sampai mempunyai 16 teras di dalamnya.
Ditambah dengan kemampuan prestasi sekitar 5GHz, dan TDP (thermal design power) melebihi 150W, anda memerlukan sistem penyejukan CPU yang berkualiti untuk memastikan sistem komputer anda dapat berjalan dengan lancar.
Saya mencadangkan anda untuk menggunakan penyejuk AIO (all-in one) jika anda menggunakan CPU yang berkuasa atau menghadapi masalah suhu cepat naik.
Penyejuk AIO (all in one)
Penyejuk AIO merupakan penyejuk cecair open loop dengan rekaan yang terdiri kepala blok dan radiator yang disambungkan tiub diantara kedua-duanya
Penyejuk AIO menjadi pilihan yang baik kerana rekaan dan faktor binaannya yang memudahkan pemasangan komponen penyejuk ke dalam sistem komputer anda dengan kualiti penyejukan yang tinggi.
Salah satu kelebihan utama yang ditawarkan penyejuk AIO adalah ia mudah untuk dipasang dan tidak mempunyai prosedur pemasangan yang susah.
Tambahan lagi, penyejuk AIO menyepadukan komponen pam air ke dalam kepala blok penyejuk ini. Disebabkan pam air tidak diletakkan pada radiator, ini akan memberi lebih banyak ruang kosong dan memaksimumkan kesan penyejukan dalam PC anda.
Untuk pilihan penyejuk AIO yang ada di pasaran, saya memudahkan pilihan anda dengan memilih produk daripada jenama MSI. MSI MAG 240R V2 WHITE merupakan produk penyejuk AIO baharu daripada MSI.
Saya berharap perkongsian ini dapat membantu anda dalam memilih jenis komponen penyejuk CPU untuk sistem komputer anda dan memudahkan anda untuk membuat pilihan terbaik. Sekiranya anda tidak berapa minat akan AIO, anda boleh rujuk artikel INI.
Apa-apa pun anda boleh membeli sistem penyejukan MSI itu melalui pautan di bawah:
Shopee – https://invol.co/clb3b3v
Baca juga: