Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Liputan Jalur Lebar 4G Di Melaka Semakin Meluas

Jepun Mencatatkan Rekod Penghantaran Data Melebihi 1 Petabit Per Saat

Diterbitkan Jun 7, 2022 oleh Firdaus

Sekumpulan penyelidik di Japan’s National Institute of Information and Communications Technology (NICT) telah berjaya mencatatkan rekod penghantaran data baharu dengan kadar kelajuan melebihi 1 petabit per saat (1.02 Pbps).

Rekod tersebut dilakukan dengan menghantar data melalui kabel gentian optik pelbagai teras sejauh 51.7 km. Kelajuan tersebut bersamaan dengan menghantar 127,500 GB data sesaat.

Kadar Penghantaran Data
Rekod Penghantaran Data Terpantas Yang Pernah Dicatatkan

Tambahan lagi, penyelidik tersebut menyatakan kadar kepantasan tersebut mampu menyokong lebih 10 juta saluran dengan penyiaran kandungan 8K per saat.

Pada tahun 2020, para penyelidik NICT pertama kali berjaya mencapai kelajuan penghantaran data 1 petabit per saat. Selepas itu, mereka sekali lagi mencatatkan kejayaan kedua dengan rekod 1.02 Pbps.

Untuk dunia menerima pakai kelajuan penghantaran data selaju ini, pemasangan kabel gentian optik yang baharu perlu dilakukan. Tetapi penyelidik di Jepun telah mengurangkan saiz kabel tersebut kepada saiz standard.

Oleh itu, kabel gentian optik yang baharu itu sangat sesuai dengan infrastruktur yang sedia ada. Pencapaian baharu ini akan membawa dunia lebih dekat kepada penyiaran kandungan pada resolusi 8K.

Sumber: Gizmodo

Baca juga:

  • Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokong Kemas Kini iOS 16
  • iPadOS 16 – Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap
  • MacBook Air Diberi Nafas Baharu Yang Ditunggu-Tunggu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY