MSI Mula Tawarkan Komputer Riba Dipadukan Dengan Kad Grafik Nvidia GeForce RTX

Pertama kali dipertontonkan pada acara CES 2019 yang lalu, MSI kini telah mula menawarkan komputer riba gaming mereka kedalam pasaran tempatan.

Model yang dibawa masuk adalah MSI GL63  8SE-098MY dan MSI GE75 Raider 8SF. Spesifikasi yang ditawarkan adalah seperti berikut;

MSI GL63  8SE-098MY

  • Intel Core i7

  • Storan:

    • 1x M.2 SSD slot (NVMe PCIe Gen3)

    • 1x M.2 SSD Combo slot (NVMe PCIe Gen3 / SATA)

    • 1x 2.5" SATA HD



  • Skrin paparan 15.6 inci (1920 x 1080), 120Hz, 3ms, Wide-View

  • NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 dengan 6GB GDDR6

  • Memori:

    • DDR4-2666

    • 2x  DIMM Slot

    • Kapasiti maksimum 32GB



  • Papan kekunci backlit (warna tunggal/merah)


MSI GE75 Raider 8SF

  • Intel Core i7

  • Storan:

    • 1x M.2 SSD slot (NVMe PCIe Gen3)

    • 1x M.2 SSD Combo slot (NVMe PCIe Gen3 / SATA)

    • 1x 2.5" SATA HDD



  • Skrin paparan 17.3" FHD (1920x1080), 144Hz, IPS-Level

  • NVIDIA® GeForce RTX™ 2070 dengan 8GB GDDR6

  • Memori:

    • DDR4-2666

    • 2x DIMM Slot

    • Kapasiti maksimum 32GB



  • Papan kekunci RGB




MSI GL63  8SE-098MY diletakkan pada harga RM6299 sementara MSI GE75 Raider 8SF pula dijual dengan nilai RM 9599.

Sebuah lagi model dalam siri RTX 20 yang turut sama dibuka untuk pra tempah hari ini adalah MSI GL63 8SE-099 pada tanda harga RM5399.



Ia dilancarkan secara ekslusif pada platform Shopee dimana pra-tempah bermula 29 Januari 2019 tepat jam 10 malam ini - MSI Shopee. 30 pembeli terawal akan menerima patung naga kecil MSI.