Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Lancar MAESTRO 500 WIRELESS, Set Kepala Dengan Hayat Bateri Sehingga 90 Jam

MSI Lancar MAESTRO 500 WIRELESS, Set Kepala Dengan Hayat Bateri Sehingga 90 Jam

Diterbitkan Jun 29, 2026 · Dikemas kini Jun 29, 2026 oleh ariff bukhari

MSI telah melancarkan MAESTRO 500 WIRELESS, set kepala terbaru yang direka untuk memenuhi keperluan kerja, hiburan, panggilan dan layan muzik seharian.

Dengan pemacu 40 mm untuk audio beresolusi sehingga 40 kHz, ia menjanjikan bunyi yang mantap menerusi gabungan bass mendalam dan treble yang jelas.

Tersedia dengan ciri pembatalan hingar (ANC) serta mod Transparency membolehkan pengguna menikmati audio imersif sambil kekal peka terhadap persekitaran.

Untuk komunikasi, ia turut dilengkapi mikrofon tersembunyi dengan ciri Pembatalan Bunyi Alam Sekitar (ENC) dan fungsi flip-to-mute yang intuitif.

711BAcQVDML._AC_SL1500_ (1)
MAESTRO 500 WIRELESS turut disokong perisian Nahimic, meningkatkan lagi pengalaman audio dengan teknologi bunyi 3D.

Dari segi sambungan, set kepala ini menyokong 2.4 GHz wireless, Bluetooth 5.4, serta kabel 3.5 mm, menjadikannya serasi dengan PC, Mac, PlayStation, Nintendo Switch dan peranti mudah alih yang lain.

Bateri besarnya 1,000mAh memberikan hayat sehingga 90 jam dengan pengecasan pantas (5 minit untuk 6 jam penggunaan).

Tersedia dalam pilihan warna hitam dan navy, MSI MAESTRO 500 WIRELESS akan tersedia tidak lama lagi melalui peruncit sah pada harga RM284.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • (Ulasan) Fender MIX™- 4 Sebab Miliki Fon Kepala Pertama Fender Ni Berbaloi
  • Xiaomi Lancar REDMI Headphones Neo – Fon Kepala 'Over-Ear' Pertama Jenama Ini Di Malaysia Pada Harga RM399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY