Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-03-12T144404.997

MSI Claw Dengan Harga Bermula RM3499 Dah Boleh Buat Prapesan

Diterbitkan Mac 12, 2024 oleh Muhd Idham

Awal tahun ini, konsol mudah alih pertama dengan penguasaan cip Intel Core Ultra iaitu MSI Claw A1M telah dilancar dan kini prapesannya di pasaran Malaysia telah bermula.

MSI Claw Dengan Harga Bermula RM3499 Dah Boleh Buat Prapesan

Untuk pasaran Malaysia, MSI Claw ini hadir dengan dua varian yang berbeza dari sudut cip pemprosesan, memori RAM dan storan.

Lain-lain ciri adalah sama iaitu skrin FHD 120Hz bersaiz 7 inci, grafik Intel Arc, bicu audio, satu slot USB-C, satu slot kad mikroSD, kapasiti bateri 53Whr dan pengecasan PD 65W.

Promosi prapesanannya pula terdiri daripada aksesori MSI Claw bernilai RM499 dan satu bulan langganan Xbox Game Pass yang mana bermula dari 9 Mac hingga 21 Mac 2024 selagi stok masih ada.

Screenshot 2024-03-12 150548

Harga untuk dua varian MSI Claw ini adalah:

  • Intel Core Ultra 7 (16GB + 1TB) = RM3,999
  • Intel Core Ultra 5 (16GB + 512GB) = RM3,499

Bagi yang berminat, anda boleh membuat prapesan melalui laman web MSI atau gedung dalam talian:

Shopee – https://invl.io/clkumg6

Turut juga tersedia di cawangan MSI yang terpilih iaitu di:

  • MSI Concept Store @ Mid Valley Megamall
  • MSI Concept Store @ Plaza Low Yat (Lot.G.026)
  • MSI Concept Store @ Plaza Low Yat (G-003A)
  • MSI Concept Store @ IOI City Mall Putrajaya

Maklumat lanjut, sila layari Facebook MSI Gaming

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • TikTok Dijangka Akan Perkenal Pesaing Instagram - TikTok Photos

Sumber: MSI Gaming

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY