Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-09T150053.585

MSI Claw, Konsol ‘Gaming’ Mudah Alih Pertama Dengan Intel Core Ultra

Diterbitkan Januari 9, 2024 · Dikemas kini Januari 9, 2024 oleh Muhd Idham

MSI kali ini telah buat kejutan kepada dunia permainan video dengan penampilan konsol permainan mudah alih pertama yang dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra.

MSI Claw, Konsol ‘Gaming’ Mudah Alih Pertama Dengan Intel Core Ultra

Konsol permainan mudah alih daripada MSI, MSI Claw A1M ini menggunakan cip Intel Core Ultra 7 dengan gandingan 16GB LPDDR5 RAM (dwi-saluran).

Peranti ini juga mempunyai pilihan sokongan daripada Windows 11 Home dan Pro serta dilengkapi dengan kad grafik Intel Arc.

Berkaitan

  • Komputer Riba ASUS ROG Dikemas Kini Dengan Cip Intel Core Ultra Dan Ryzen Siri 8000
  • OPPO Lancar Find X7 Ultra - Telefon Pertama Dengan Dua Lensa Periskop
  • MSI Lancar Siri Kad Grafik NVIDIA RTX 40 SUPER
  • CES 2024 - Acer Umum 'Laptop Gaming' Nitro 17 Dengan Intel Core 14 Dan NVIDIA RTX 40

Selain itu, konsol mudah alih ini dilengkapi dengan paparan skrin FHD (1920 x 1080) 7 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Slot storan yang disediakan pula hanya untuk kad SSD PCIe Gen 4.

MSI Claw ini juga dipasangkan dengan dua pembesar suara serta mempunyai slot I/O yang terdiri daripada USB Jenis C, kad mikroSD, bicu audio dan butang kuasa dengan sensor cap jari.

Screenshot 2024-01-09 145111

Dalam pada itu, konsol ini digabungkan dengan teknologi sistem penyejukan MSI Cooler Boost Hyperflow yang menggunakan dua kipas dan aliran udara bagi pengeluaran haba secara konsisten.

Bateri yang digunakan adalah jenis bateri Li-Polymer 53Whr dengan kadar penggunaan berterusan selama 2 jam.

Rajah di bawah adalah spesifikasi penuh bagi peranti MSI Claw A1M.

Screenshot 2024-01-09 141741

Sumber: MSI 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY