2 kali lebih pantas dari versi pelayar Firefox sedia ada.
Mozilla, pembangun aplikasi pelayar Firefox telah mengemas kini pelayar terbaru yang sedang dibangunkan mereka iaitu Firefox Preview kepada versi 2.0.
Ia merupakan kemas kini major pertama dari Mozilla untuk pelayar tersebut selepas pertama kali melancarkannya dalam bulan Jun lalu.
Malah menerusi kemas kini terbaru ini, Mozilla menyatakan bahawa Firefox Preview kini 2 kali lebih pantas berbanding versi pelayar Firefox sedia ada.
"The new Firefox Preview is up to 2x faster than previous versions of Firefox for Android. It’s powered by GeckoView, which gives us the freedom to build a browser that’s faster-than-ever, with the ultimate privacy of Firefox." Mozilla.
Tambah mozilla lagi, Firefox Preview tidak hanya sekadar mementingkan kepantasan semata-mata,tetapi juga turut meningkatkan keselamatan penggunanya dengan ciri tracking Protection yang secara automatik tersedia dipasang di dalam ppelayar itu bagi memastikan penggunanya terlindung daripada paparan iklan serta penjejak yang mungkin berniat jahat.
Buat masa ini, aplikasi pelayar Firefox Preview masih dalam peringkat pembangunan dan hanya ditawarkan bagi pengguna peranti Android sahaja.
Berkaitan
- Pengguna Dinasihatkan Tidak Memasang 8 'Extension' Yang Ditawarkan Pada Pelayar Chrome Dan Firefox
- Pelayar Firefox Kini Spesies Terancam
- Microsoft Edge Didapati Lebih Jimat Penggunaan RAM Berbanding Chrome dan Firefox
- Versi Pelayar Firefox 70 Akan Menandakan Semua laman HTTP Sebagai “Not Secure”
- Pelayar Firefox 73 Akan Dilengkapi Tetapan Ciri Zoom
- Versi Baru Pelayar Firefox Bakal Hadir Pada Telefon Pintar Android
- Apikasi Pelayar Firefox Terus Kehilangan Pengguna Aktifnya Di Seluruh Dunia
- Pengguna Firefox Digesa Segera Kemas Kini Aplikasi Pelayar Mereka
- Bekas Eksekutif Mozilla Mendakwa Google Sudah Lama Mensabotaj Aplikasi Pelayar Firefox
- Firefox Bakal Tamatkan Sokongan Ke Atas Windows 7, 8 Dan macOS Terdahulu