Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mozilla Menambah Baik Ciri ‘Enhanced Tracking Protection’ Pada Aplikasi Pelayar Firefox 68

Mozilla Menambah Baik Ciri ‘Enhanced Tracking Protection’ Pada Aplikasi Pelayar Firefox 68

Diterbitkan Julai 14, 2019 oleh ariff bukhari

Ciri tersebut mengelakkan data pengguna terdedah kepada pengiklan dan dijejaki laman sesawang.

Bermula dari versi Firefox Quantum 68, Mozilla menjadikan ciri ‘Enhanced Tracking Protection‘ sebagai tetapan aktif automatik di pelayar tersebut.

Ciri tersebut akan menyekat mana-mana ‘cookies‘ pihak ketiga, sama ada yang dikenali mahupun tidak daripada menjejaki penggunanya ketika mereka sedang melayari internet.

Bermakna pengiklan mahupun laman sesawang tidak akan dapat mengumpul data pengguna seterusnya membuat profail khusus terhadap pengguna tersebut.

Ciri ini juga akan turut menghalang pelombong kripto dan ‘Fingerprinters‘ yang terdapat di dalam pengkodan dari menjejaki dan menyimpan kesan pelayaran pengguna di internet.

Mozilla Menambah Baik Ciri ‘Enhanced Tracking Protection’ Pada Aplikasi Pelayar Firefox 68

Secara automatik, Firefox akan menetapkan pada tetapan Privacy & Security pada pilihan Standard. Tetapi anda boleh meningkatkan lagi tahap privasi yang diinginkan kepada Strict.

Cuma pilihan tersebut mungkin akan boleh menyekat anda daripada terus mengakses sesebuah laman sesawang. Atau anda boleh pilih secara manual tetapan yang mahu diaktifkan pada sesebuah laman sesawang dengan memilih tetapan Custom.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY