Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Mungkin Pengganti Kepada Sony PSP

Ini Mungkin Pengganti Kepada Sony PSP

Diterbitkan November 29, 2021 · Dikemas kini November 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Laporan terbaru daripada VGC, mereka menjumpai yang Sony kini mempatenkan sebuah alat kawalan khusus untuk telefon pintar. Alat kawalan (controller) itu lebih mirip dengan PlayStation 4 DualShock 4 berbanding DualSense untuk PlayStation 5.

Alat kawalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana sudah ada aksesori sebegini sudah pun ditawarkan buat telefon pintar. Pun begitu, uniknya di sini adalah ia datang dari jenama Sony. Pasti ramai dalam kalangan kita yang sudah biasa dengan genggaman alat kawalan mereka.

Mungkin tidak ada masalah bagi Sony kerana mereka sendiri sudah menyokong alat kawalannya untuk telefon pintar. Cumanya selepas ini ia lebih mudah kerana peranti diletakkan di tengah-tengah, lebih rancak untuk memainkan permainan mudah alih.

Sony paten

Namun, adakah benar-benar seronok jika alat kawalan tersebut dilancarkan nanti?

Ini kerana permainan mudah alih belum lagi setanding dengan konsol mudah alih Sony PSP atau PS Vita satu masa dahulu.

Akan tetapi, Sony terdahulu dilaporkan berminat untuk membawa masuk permainan eksklusif mereka buat telefon pintar. Jadi, mungkin ini tanda-tanda awal bahawa perkara itu menjadi kenyataan satu hari nanti.

Malah, Samsung yang akan hadir dengan GPU AMD, berkemungkinan memberikan satu nafas baharu buat arena ‘mobile gaming’ kerana agak rugi sekiranya perkakas berkuasa tetapi permainan kurang menarik.

Sumber: videogameschronicle

Baca juga:

  • Xperia PRO-I Boleh Dipra-Tempah Semurah RM7,199

  • Dah Boleh Pra-Tempah Xperia 5 III Dengan Harga RM4599

  • Mimpi Jadi Realiti, Sony Rasmi Bawa Permainan God of War Untuk PC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY