Moto Razr 40 Ultra Dilancarkan Di China - Snapdragon 8+ Gen 1, Skrin 165Hz

Motorola kini telah melancarkan peranti boleh lipat, iaitu Moto Razr 40 dan Razr 40 Ultra di China.

{suggest}

Moto Razr 40 Ultra




Moto Razr 40 Ultra dilengkapi paparan utama berukuran 6.9-inci LTPO pOLED dengan resolusi FHD+, 165Hz kadar segar semula, maksimum kecerahan 1,400 nits dan juga sokongan HDR10+.

Mempunyai skrin luar bagi peranti boleh lipat terbesar setakat ini, Moto Razr 40 Ultra dilengkapi paparan kedua bersaiz 3.6-inci. Skrin kedua ini mempunyai panel pOLED dengan resolusi 1066 x 1056px, 144Hz kadar segar semula, serta perlindungan Gorilla Glass Victus.



Razr 40 Ultra dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama gandingan sehingga 12GB RAM dan 512GB storan.

Beralih ke bahagian kamera, peranti ini dimuatkan dua tetapan lensa iaitu 12MP utama dengan OIS serta 13MP ultra-lebar dan makro. Terdapat paparan berlubang yang menempatkan 32MP kamera swafoto.

Bagi menghidupkan peranti, Razr 40 Ultra diisi dengan kapasiti bateri 3,800mAh bersama sokongan pengecasan 33W.



Antara lainnya, ia mempunyai pengimbas cap jari di bahagian sisi, penarafan IP52, serta sokongan sambungan termasuk 5G, Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, port USB-C dan NFC. Terdapat tiga pilihan warna iaitu Glacier Blue, Infinite Black dan Viva Magenta.

Moto Razr 40




Selain Razr 40 Ultra, Motorola turut melancarkan Moto Razr 40. Skrin utama peranti ini turut didatangkan dengan panel LTPO OLED berukuran 6.9-inci serta resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz. Skrin sekunder lebih kecil dengan saiz 1.6-inci.



Peranti ini dijana cip pemproses Snapdragon 7 Gen 1 dengan 12GB RAM dan 256GB storan. Untuk kamera, Razr 40 mempunyai tetapan dua lensa dengan 64MP utama dan 13MP ultra-lebar. Ia turut dimuatkan dengan 32MP kamera swafoto.



Selain itu, Razr 40 diisi dengan unit bateri 4,200mAh bersama sokongan pengecasan 30W. Antara lainnya, ia mempunyai sokongan IP52, dwi-4G VoLTE, Bluetooth 5.3, Wi-Fi 6E, 5G dan menjalankan Android 13



Razr 40 ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Azure Grey, Bright Moon White dan Cherry Powder.

Harga


Berikut adalah harga jualan bagi Razr 40 Ultra dan Razr 40 di China.
Razr 40 Ultra


  • 5,699 yuan (~RM3,695) - 8GB + 256GB

  • 6,399 yuan (~RM4,149) - 12GB + 512GB


Razr 40


  • 3,999 yuan (~RM2,592) - 8GB + 128GB

  • 4,299 yuan (~RM2,787) - 8GB + 256GB

  • 4,699 yuan (~RM3,046) - 12GB + 256GB


Sumber: Motorola (1,2)