Monitor MSI QD-OLED Kini Rasmi Di Malaysia, Ini Harganya

Selepas syarikat teknologi MSI memperkenalkan produk monitor gaming mereka yang menggunakan paparan QD-OLED pada awal tahun lepas, kini barisan monitor tersebut telah tiba di pasaran Malaysia berserta harganya sekali.

Varian monitor yang tersedia adalah terdiri daripada dua monitor QD-OLED jenis melengkung (MPG 491CQP QD-OLED dan MAG 341CQP QD-OLED) serta dua monitor QD-OLED jenis rata (MAG 321UPX QD-OLED dan MAG 271UPX QD-OLED).

Monitor MSI QD-OLED melengkung (MPG 491CQP dan MAG 341CQP)




Untuk jenis melengkung, model 49 inci (MPG 491CQP QD-OLED) hadir dengan resolusi DQHD (5120 x 1440) dan kadar lengkungan 1800R.

Tambahan pula, ia dilengkapi dengan teknologi Quantom Dot serta dilengkapi kadar segar semula 144Hz dan kadar tindak balas 0.03ms.

Model 34 inci (MAG 341CQP QD-OLED) pula disokong oleh kadar segar semula 175Hz dan kadar tindak balas 0.03ms.

Kedua-dua monitor ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada VESA untuk ciri ClearMR 9000 dan DisplayHDR True Black 400.

Monitor MSI QD-OLED rata (MAG 321UPX dan MAG 271UPX)




Bagi dua monitor QD-OLED rata ini pula, ia dicipta khas untuk keselesaan para pemain permainan PC.

Varian 32 inci menawarkan resolusi 4K dengan kadar segar semula 240Hz manakala varian 27 inci hadir dengan resolusi WQHD dan kadar segar semula 360Hz.

{suggest}

Antara keistimewaan lain yang tersedia dalam siri monitor QD-OLED ini adalah sambungan HDMI 2.1 yang disokong oleh lebar jalur 48Gbps, kualiti VRR, mod ALLM dan slot USB-C.



Produk monitor ini juga mempunyai jaminan OLED dan OLED Care 2.0 selama 3 tahun.

Harga untuk barisan monitor QD-OLED daripada MSI adalah seperti di bawah.

  • MPG 491CQP QD-OLED = RM6,499

  • MAG 341CQP QD-OLED = RM4,799

  • MAG 321UPX QD-OLED = RM6,099

  • MAG 271UPX QD-OLED = RM4,299


Beli produk monitor daripada MSI di:

Shopee - https://invl.io/clks39w

Lazada - https://invol.co/clks3a6

Sumber: Siaran Media MSI Mlaysia