Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Swift 5 2019

Model Terbaru Komputer Riba Acer Swift 5 Kini Di Pasaran Malaysia

Diterbitkan November 20, 2019 · Dikemas kini November 20, 2019 oleh ariff bukhari

Dilengkapi cip pemprosesan Intel Gen-10, sokongan Wi-Fi 6 dan sambungan USB 3.1 Gen-2.

Acer Malaysia telah mula menawarkan model terbaru komputer riba Acer Swift 5 di laman rasmi mereka. Model terbaru ini adalah legasi daripada model Swift 5 terdahulu yang dinaik taraf perkakasannya.

Acer Swift 5 ditawarkan dalam 4 model pilihan yang berharga dari RM3,699.00. Perbezaan ketara model terbaru Acer Swift 5 ini berbanding model sebelumnya adalah ia kini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel gen-10, saiz storan SSD dari 512GB, RAM 8GB LPDDR4, sambungan USB 3.1 Gen-2 dan sokongan Wi-Fi 6.

Model Terbaru Komputer Riba Acer Swift 5 Kini Di Pasaran Malaysia
Skrin FHD (1920 x 1080) dengan rekaan bingkai yang lebih nipis.

Selain itu, pembeli juga boleh memilih kuasa grafik yang mahu dimuatkan ke dalam Swift 5 iaitu sama ada menggunakan cip Intel Iris Plus atau NVIDIA GeForce MX250.

Malah Acer turut memuatkan kapasiti bateri yang lebih tinggi pada Swift 5 terbaru yang membolehkannya beroperasi sehingga 12.5 jam (model Swift 5 sebelum ini hanya mampu beroperasi selama 8 jam sahaja).

Untuk info, sila layari laman rasmi Acer Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY