Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018

MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018

Diterbitkan Disember 22, 2018 oleh Haikel Areff

Jika anda seorang pengikut perkembangan teknologi terutamanya telefon pintar, hampir pasti anda pernah mendengar nama Marques Brownlee atau MKBHD bukan?

Bagi yang tidak pernah, beliau adalah salah seorang pengkritik telefon pintar terkemuka antarabangsa dan juga merupakan YouTuber terkenal.

Sejak beberapa tahun yang lepas, MKBHD pasti akan menghasilkan satu video bagi penyampaian “anugerah” bagi telefon pintar terbaik tahunan. 2018 juga tidak terkecuali.

Satu video bertajuk “Smartphone Awards 2018!” telah dikirim di saluran Youtube-nya beberapa hari lepas. Keputusan penuh anugerah berkenaan adalah seperti berikut:

1. Telefon Pintar Bersaiz Besar Terbaik 

MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018

  • Samsung Galaxy Note 9 (pemenang)
  • Huawei Mate 20 Pro (tempat kedua)

2. Telefon Pintar Bersaiz Kecil Terbaik

MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018
AppleInsider
  • Apple iPhone XS
  • Google Pixel 3

3. Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik

MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018
Droid Life
  • Google Pixel 3 XL
  • iPhone XS

4. Daya Tahan Bateri Terbaik

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Engadget
  • Huawei Mate 20 Pro
  • Apple iPhone XR

5. Reka Bentuk Terbaik

MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018
GadgetMatch
  • Oppo Find X
  • Xiaomi Mi Mix 3 & Vivo NEX S

6. Telefon Pintar Bajet Terbaik

Pocophone F1 Armoured Edition Akan Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini
The Verge
  • Pocophone F1
  • Nokia 7 & Honor 8X

7. Telefon Pintar Paling Mengecewakan 

MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018
TechnoBuffalo
  • Red Hydrogen One

8. Telefon Pintar Paling Meningkat Naik

Razer Phone 2 Diperkenalkan – Menjadi Peranti Menfokuskan Permainan Mudah Alih Dengan Ciri Flagship
Android Central
  • Razer Phone 2

Anugerah yang paling ditunggu-tunggu pastinya Telefon Pintar Terbaik 2018. Dan pemenang bagi anugerah tersebut ialah ONEPLUS 6T.

MKBHD Senaraikan Telefon Terbaik Pelbagai Kategori Bagi Tahun 2018

MKBHD juga meletakkan Samsung Galaxy Note 9 di tempat kedua sambil Huawei Mate 20 Pro diberikan penghargaan khas.

Bagaimanapun, semua anugerah di atas adalah merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mustahil jika ada satu atau dua penganugerahan yang tidak dipersetujui oleh pihak lain.

Macam mana pula dengan anda? Setuju ke dengan Marques Brownlee ni? Seperti biasa, kongsikan pandangan anda di raungan komen.

 

Sumber: Marques Brownlee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY