Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
panels MKBHD_3

MKBHD Lancar Aplikasi ‘Wallpaper’, Harga Langganan RM59.90/Bulan

Diterbitkan September 25, 2024 · Dikemas kini September 25, 2024 oleh Amalina Athman

Marques Brownlee, YouTuber yang dikenali sebagai MKBHD, telah melancarkan aplikasi wallpaper atau hiasan latar Panels untuk peranti Android dan iOS.

Aplikasi Panels menawarkan akses kepada hiasan latar daripada artis digital. Dengan langganan Panels+ berharga RM59.90/bulan atau RM229.90/tahun, ia membolehkan pengguna mendapatkan akses penuh kepada koleksi dan hiasan latar beresolusi penuh, tanpa sebarang iklan.

Selain secara langganan, ia turut menyediakan pilihan pembelian koleksi hiasan latar pada harga RM39.90/koleksi.

MKBHD Lancar Aplikasi ‘Wallpaper’, Harga Langganan RM59.90/Bulan

Pengguna juga masih boleh mengakses beberapa pilihan hiasan latar secara percuma, tetapi hanya boleh memuat turunnya dalam definisi standard 1080p dan perlu menonton iklan terlebih dahulu.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini nampaknya menimbulkan pelbagai kritikan dalam kalangan pengguna. Antaranya termasuk isu harga yang dikatakan terlalu mahal, kebimbangan privasi dan lain-lain.

Part of building in public is getting mass feedback immediately, which is pretty dope. Almost exactly like publishing a YouTube video

First thing we're doing is fixing the excessive data disclosures, as people rightfully brought up. For transparency, we'd never actually ask for…

— Marques Brownlee (@MKBHD) September 24, 2024

Sebagai respons, MKBHD berkata pihaknya sedang menambah baik dan membetulkan pendedahan data yang berlebihan dalam aplikasi itu. Untuk ketelusan, ia juga tidak akan meminta data seperti lokasi, sejarah internet dan sebagainya.

Bagi yang berminat, aplikasi Panels boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Berkaitan

  • Tukarkan Rupa iPhone Anda Kepada iPod Dengan 'Wallpaper' Ini
  • 'Wallpaper' Windows 10 Ikonik Ini Bukan Janaan Komputer, Tapi Dibuat Dari 3 Bahan Sebenar
  • MKBHD Kongsi Video Bagaimana Apple Uji Ketahanan iPhone Sebelum Dilancarkan
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY