Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kamera iPhone 13

Ming-Chi Kuo: Tiada Kemas Kini Ketara Untuk Lensa Kamera iPhone Sehingga 2022

Diterbitkan Januari 8, 2021 oleh Amalina Athman

Menurut penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo, lensa kamera iPhone mungkin tidak akan memperlihatkan kemas kini perkakasan yang ketara sekurang-kurangnya sehingga 2022.

Secara khususnya, Kuo meramalkan tidak akan ada peningkatan ketara pada lensa pada tahun 2022. Dengan laporan ini, kemungkinan Apple akan menggunakan lensa elemen 7P yang sama digunakan pada iPhone 12 sehingga tahun 2022.

Pertama kali diperkenalkan pada iPhone 12 tahun lalu, lensa elemen 7P digunakan untuk meningkatkan kualiti imej dan video. Berbanding dengan bukaan f/1.8 6P sebelumnya, lensa iPhone 12 disertakan dengan bukaan f/1.6.

Walaupun jangkaan Kuo menyatakan tidak akan ada peningkatan yang signifikan untuk lensa dalam model iPhone akan datang, ini tidak bermakna tiada peningkatan dari segi prestasi kamera secara keseluruhan.

Terdapat kemungkinan, Apple akan menaik taraf keupayaan kamera dari segi perisian dan ciri-ciri lain.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
©2026 WISER.MY