Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ming-Chi Kuo: iPhone 13 Model Pro Akan Menerima Naik Taraf Lensa Sudut Lebar Dan Autofokus

Ming-Chi Kuo: iPhone 13 Model Pro Akan Menerima Naik Taraf Lensa Sudut Lebar Dan Autofokus

Diterbitkan November 6, 2020 oleh Amalina Athman

Siri iPhone 12 Pro hadir dengan tetapan tiga kamera bersama LiDAR Scanner. Antara tiga lensa yang dimuatkan, lensa sudut lebar berupaya untuk merakam gambar yang lebih luas.

Terbaru, penganalisis terkenal Ming-Chi Kuo telah mendedahkan perincian mengenai iPhone pada tahun hadapan. Menurut Kuo, iPhone 13 akan hadir dengan 4 model yang sama seperti iPhone 12 yang dilancarkan pada tahun ini.

Ming-Chi Kuo: iPhone 13 Model Pro Akan Menerima Naik Taraf Lensa Sudut Lebar Dan Autofokus
iPhone 12 Pro

Bagaimanapun, ia akan dilengkapi penambahbaikan yang ketara pada teknologi kamera. Secara khusus, Kuo menyatakan lensa sudut lebar iPhone 13 bagi model Pro akan dinaiktaraf kepada f/1.8, 6P (6-element) dengan autofokus.

Pada masa ini, semua model iPhone 12 dilengkapi dengan kamera sudut lebar f/2.4, 5P (5-element) dengan fokus tetap.

Dalam pada itu, Kuo turut menjangkakan semua iPhone pada tahun 2022 juga akan didatangkan dengan kamera sudut lebar f/1.8, 6P dan autofokus.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY