Microsoft Word Untuk Android Sudah Dipasang Lebih 1 Bilion Kali

Mula disenaraikan dalam Google Play Store sejak 2015 yang lalu, aplikasi Microsoft Word untuk Android kini telah melepasi angka 1 bilion kali pemasangan. Menariknya juga, ia merupakan aplikasi pemproses teks pertama dari Microsoft yang mencapai 500 juta kali pemasangan pada tahun lalu.



Jumlah pemasangan ini bukan sahaja diterima dari muat turun pada Google Play Store sahaja, dimana Microsoft turut mempunyai perjanjian dengan pengeluar peranti seperti Samsung untuk menyediakan aplikasi Word secara pra-pasang dalam telefon pintar serta tablet.

Selain Word, aplikasi lain seperti Excel, PowerPoint, OneNote dan OneDrive juga sudah mencecah 500 juta kali pemasangan sementara aplikasi e-mel, Outlook, dipasang sebanyak 100 juta kali.

Jika anda pengguna Android, adakah anda menggunakan aplikasi Word ini atau lebih menggemari aplikasi penyunting teks yang lain?

Sumber: Android Police