Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Umum Kerjasama Dengan Mistral AI

Microsoft Umum Kerjasama Dengan Mistral AI

Diterbitkan Februari 27, 2024 · Dikemas kini Februari 27, 2024 oleh Amalina Athman

Microsoft kini mengumumkan kerjasama dengan Mistral AI, syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) berpangkalan di Perancis yang bernilai lebih €2 bilion (~RM10.37 bilion).

Berkaitan

  • Microsoft Juga Ada AI Padam Objek Dalam Gambar

Perjanjian ini merangkumi infrastruktur superkomputer, kerjasama penyelidikan dan pembangunan AI, serta skala pasaran.

Ia bakal menyaksikan model bahasa dan komersial Mistral tersedia pada platform pengkomputeran Azure AI, iaitu syarikat kedua yang menawarkan LLM kepada Azure selepas OpenAI.

Dalam pada itu, Mistral turut mengumumkan model AI terkini yang dipanggil Mistral Large. Model ini direka untuk bersaing dengan model GPT-4 OpenAI.

Tidak seperti beberapa model Mistral sebelum ini, ia tidak akan menjadi sumber terbuka. Sebaliknya, model ini akan tersedia pada infrastruktur Mistral sendiri, atau melalui Azure AI Studio dan Azure Machine Learning.

Reuters melaporkan Microsoft akan mengambil pegangan minoriti dalam Mistral sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, namun tidak didedahkan butiran mengenainya.

Sementara Microsoft mengesahkan pelaburannya dalam Mistral, tetapi berkata ia tidak memegang ekuiti dalam syarikat itu.

Sumber: Microsoft, via Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY