Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar

Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar

Diterbitkan Januari 12, 2021 oleh Meor Hasyim

Microsoft Surface Pro sudah pun diperkenalkan pada Oktober 2019 sebelum ini. Pada acara CES 2021, Microsoft mengumumkan pula kemaskini kepada produk tersebut iaitu Surface Pro 7+.

Ia membawakan beberapa ciri menarik berbanding produk sebelumnya iaitu sokongan LTE, kapasiti bateri lebih besar, dan storan SSD boleh tukar. Namun buat masa ini, Surface Pro 7+ ini hanya dipasarkan untuk pengguna perusahaan dan pendidikan sahaja.

Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar

Cip yang digunakan adalah Intel Gen-11 bermula dari model Intel Core i3 1115G4 sehingga Intel Core i7 1165G7. RAM adalah sehingga 32GB manakala storan pula sehingga 1TB SSD yang boleh ditukar.

Ketahanan bateri kini lebih lama sehingga 15 jam berbanding hanya 10 jam pada Surface Pro 7. Ini adalah disebabkan bateri yang berkapasiti lebih besar dari 46.5Wh kepada 50.4Wh.

Microsoft Perkenal Surface Pro 7+ Dengan Sokongan LTE, CPU Intel Gen-11, Dan Bateri Lebih Besar

Surface Pro 7+ ini masih lagi dilengkapi dengan paparan sama 12.3 inci (2736 x 1824) PixelSense. I/O yang disertakan adalah 1x USB-C, 1x USB-A, bicu audio 3.5mm, dan bicu Surface Connect.

Sedikit mengecewakan kerana model Surface Pro 7+ ini tidak dijual kepada pengguna umum. Harga pasarannya adalah bermula $899 (~RM3,651).

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY