Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
x70 1

vivo X70 Series Dilancarkan, Dikuasakan Oleh MediaTek Dimensity 1200

Diterbitkan September 22, 2021 ยท Dikemas kini September 22, 2021 oleh ariff bukhari

vivo Malaysia sebentar tadi telah melancarkan model terbaru telefon pintar mereka iaitu vivo X70 Series.

vivo X70 Series ditawarkan dalam 2 pilihan warna menarik iaitu Aurora Dawn dan Cosmic Black.

Apa yang menarik dengan telefon pintar terbaru vivo ini adalah ia dilengkapi dengan kamera yang menggunakan lensa dari ZEISS, hasil kerjasama vivo dengan ZEISS yang terkenal dalam bidang fotografi.

vivo menyatakan fokus mereka kepada fotografi dan videografi menerusi vivo X70 Series.

Mereka meningkatkan kualiti kamera vivo X70 Series dengan turut melengkapi kameranya dengan lapisan ZEISS T* Coating (hanya bagi model vivo X70 Pro) .

x70 4

vivo turut memanfaatkan teknologi yang dimiliki ZEISS dengan memuatkan beberapa teknologi ZEISS seperti ZEISS Biotar, ZEISS Distagon dan ZEISS Planar bagi merakam foto potret pada vivo X70 Series.

x70 6

vivo X70 Series dikuasakan oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200 6nm dengan keupayaan 5G dan RAM sebanyak 12GB.

Tetapi jika itu masih tidak mencukupi, vivo X70 Series turut menyokong ciri tambahan RAM sehingga 4GB.

x70 8

Paparannya pula bersaiz 6.56 inci dengan kadar segar 120Hz.

x70 9

vivo X70 Series ditawarkan dalam 2 model iaitu vivo X70 5G dan vivo X70 Pro 5G. vivo X70 5G berharga RM2499.00 dan vivo X70 Pro 5G berharga RM3299.00

x70 10

x70 11

x70 12

vivo X70 Series sudah boleh di pra tempah dari 22 September sehingga 1 Oktober 2021.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY