Apabila Apple menggunakan cip M1 yang juga cip sama digunakan pada barisan Macbook, ramai berangapan iPad Pro 2021 akan menerima aplikasi suntingan video atau rekaan 3D yang lebih ekstrem seperti yang ada pada MacOS.
Jadi tidak hairan kenapa pengumuman iPadOS 15 beberapa bulan lepas dan perkenalan barisan iPad baru (iPad Gen 9 & iPad Mini) menyebabkan ramai peminat kecewa.
Penggunaan RAM Terhad Pada Hanya 5GB
Kepada yang belum tahu, Apple telah meletakkan had penggunaan RAM pada hanya 5GB untuk setiap aplikasi yang berjalan pada iPadOS14 sebelum ini. Limitasi penggunaan RAM juga dapat kita lihat pada iOS pada iPhone.
Langkah yang diambil adalah bertujuan untuk menyeragamkan penggunaan RAM untuk setiap aplikasi. Ini sangat penting untuk barisan peranti terdahulu menerima kemaskini perisian terbaru dan dapat beroperasi dengan lancar.
Oleh kerana pembangun aplikasi diberikan penggunaan RAM yang terhad, maka aplikasi yang disediakan pada iPadOS 15 masih lagi dalam konsep ‘mobile’.
Oleh sebab itu kebanyakkan aplikasi suntingan video adalah dalam versi ‘Lite’ seperti Adobe Premier Rush atau Lumafusion
Apple Membenarkan Pembangun Aplikasi Guna RAM lebih 5GB Untuk iPadOS 15
Dengan kapasiti RAM sebesar 16GB pada iPad Pro M1 tahun ini, dilaporkan Apple telah membuka peluang kepada pembangun aplikasi untuk menggunakan RAM lebih untuk setiap aplikasi mereka.
Pun begitu, penggunaan lebihan RAM ini hanya diberikan pada model iPad tertentu sahaja- iPad Pro. Menurut kenyataan dari pihak aplikasi ketiga ArtStudio, iPad Pro variasi 16GB diberikan RAM sebanyak 12GB manakala iPad Pro variasi 8GB pula pada 6GB.
Akan tetapi, setiap aplikasi masih lagi dihadkan pada 5GB RAM ketika beroperasi dimana lebihan RAM adalah untuk membenarkan lebih banyak aplikasi berjalan secara latar belakang untuk memastikan pengalaman ‘multi-tasking’ yang lancar.
Dengan pengumuman barisan iPad Gen 9 dan iPad Mini tahun ini masing-masing berkapasiti 3GB dan 4GB RAM, menguatkan lagi kesahihan tentang peruntukan RAM terhad pada iPadOS 15 kali ini.
Maka pengguna iPad Pro dengan cip berkuasa M1 hanya mampu berhuhu menikmati pengalaman multi-tugas yang lancar dengan kebolehan membuka 3 ke 4 aplikasi (atau lebih) berjalan secara latar belakang secara serentak tanpa perlu aplikasi disegarkan semula setiap kali dibuka.
Walaupun begitu…
iPad Adalah Satu-satunya Tablet Yang Berbaloi Dimiliki
Jika ditanya, apakah 5 tablet paling berbaloi untuk dibeli ketika ini. Jawapannya adalah iPad Pro M1 12.9, iPad Mini 2021, iPad Air 2020 12.9 inci, iPad 2021, dan iPad Pro 2019- malah iPad Pro 2018 lebih berbaloi berbanding tablet android baru tahun ini
iPad 2021 10.2 inci dijual bermula pada harga RM1, 499 sedikit sebanyak menunjukkan batapa iPad mendominasi pasaran tablet ketika ini tanpa ada saingan terdekat
Dengan ciri-ciri baru pada iPadOS 15 seperti widget, Live Focus, Split View, Centre Stage dan banyak lagi sebenarnya telah meletakkan iPad pada satu aras yang tinggi jauh meninggalkan pesaing Android dan yang lain- apatah lagi dengan kesinambungan Apple Pencil dan juga Magickeyboard yang sangat serasi dengan iPadOS
Malah Google sendiri sudah lama putus asa dengan sistem operasi Android versi tablet apabila mereka mengambil fokus kepada Chrome OS, dan semua tahu ia adalah satu melapetaka buat mereka.
Jika ditanya tablet Android yang menghampiri iPad adalah mungkin Samsung Tab. Samsung adalah satu-satunya syarikat yang masih berjuang menyayingi Apple dalam pasaran tablet tetapi mereka tidak akan mengekori rapat iPad selagi sistem operasi android versi tablet tidak diberikan baik pulik secara menyeluruh.
Pembangun aplikasi kurang memberi perhatian optimasi aplikasi mereka pada android maka Samsung terpaksa menggunakan aplikasi yang sama pada peranti mudah alih android dan disebabkan itulah kebanyakkan aplikasi tidak dipaparkan pada saiz yang betul atau tidak beroperasi dengan baik
iPad adalah sebuah tablet. Dulu kini dan selamanya.
Mungkin dek kerana iPad tidak mempunyai saingan membuatkan ramai membandingkan iPad dengan PC (Mac dan Windows).
Dengan ekosistem Apple yang berinteraksi antara peranti ke peranti, dominasi pasaran tablet juga akan mengukuhkan lagi produk mereka yang lain. Pengguna iPad akan terarah membeli iPhone dan Macbook dan sebaliknya.
Oleh itu, tiada sebab untuk Apple mengambil jalan keluar dari bidang tablet yang pada ketika ini sedang selesa tanpa cabaran. Malah tiada sebab untuk mereka mengeluarkan iPad Pro yang sama tinggi dan membunuh pasaran Macbook mereka sendiri.
Adakah iPad boleh Menggantikan PC?
Ya, sedikit sebanyak anda boleh gantikan PC/laptop dengan iPad untuk tugasan asas seperti Microsoft Office, suntingan gambar Adobe Photoshop, Lightroom, aplikasi lukisan digital Procreate, Vectornator dan sebagainya (tidak pasti tentang aplikasi pengaturcaraan).
Walaupun dengan sokongan Magickeyboard yang seumpama sebuah laptop, susunan pengurusan fail yang menyerupai MacOS, tetapi gerak isyarat yang diimplementasikan kepada iPadOS 15 adalah sangat unik, tidak ada dimana-mana jenis peranti lain dan hanya boleh dirasai pada iPad.
iPad mempunyai identitinya yang tersendiri. Menyokong Apple Pencil yang tidak boleh dilakukan oleh mana-mana laptop (laptop 2-1 Windows tolak tepi kerana tiada satu pun yang berfungsi dengan baik sebagai tablet)
Suka untuk saya ingatkan lagi sekali iPad masih sebuah tablet – dan sememangnya harus dikekalkan sebegitu
Oh ya, saya lupa ulasan tentang iPad Pro M1 2021 adakah berbaloi terutamanya untuk golongan pencipta kandungan. Nantikan ulasan penuh yang bakal menyusul