Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemas Kini Windows 10 1903 (KB4515384) Menyebabkan Gangguan Kualiti Audio Permainan Komputer

Microsoft Menarik Keluar Kemas Kini Keselamatan Windows 10 KB4524244

Diterbitkan Februari 15, 2020 · Dikemas kini Februari 15, 2020 oleh ariff bukhari

Jika anda ada memasangnya, sila buang segera dari sistem Windows komputer anda.

Kemas kini keselamatan Windows 10 KB4524244 yang dilepaskan Microsoft pada 11 Februari lalu telah ditarik keluar dari ditawarkan kepada pengguna hari ini.

Ia berikutan kemas kini tersebut didapati telah menyebabkan sistem komputer Windows 10 pengguna tergantung sepenuhnya, isu pemasangan dan isu boot ke dalam sistem Windows.

Isu tersebut telah disahkan sendiri oleh Microsoft hari ini.

“You might encounter issues trying to install or after installing KB4524244. …the standalone security update (KB4524244) has been removed and will not re-offered from Windows Update, Windows Server Update Services (WSUS) or Microsoft Update Catalog.” Microsoft.
Versi Windows 10 yang terjejas pula adalah Windows 10 1909, Windows 10 1903, Windows 10 1809, Windows 10 1803, Windows 10 1709, Windows 10 1703 dan Windows 10 1607.
Termasuklah juga versi Windows Server 1909, Windows Server 1903, Windows Server 1809, Windows Server 2019, Windows Server 1803, Windows Server 1709, Windows Server 2016, Windows Server 2012 R2 dan Windows Server 2012.

Kemas kini keselamatan Windows 10 KB4524244 adalah kemas kini pilihan yang ditawarkan kepada pengguna.

Jadi kepada pengguna yang ada memasang kemas kini tersebut, mereka dinasihatkan supaya membuangnya dari komputer mereka.

Microsoft memaklumkan pihak mereka akan melepaskan kemas kini keselamatan yang ditambah baik pada masa akan datang.

“We are working on an improved version of this update in coordination with our partners and will release it in a future update.” Microsoft.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY