Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Memulakan Awal Tahun 2020 Dengan Kecacatan Kritikal Windows 10

Microsoft Memulakan Awal Tahun 2020 Dengan Kecacatan Kritikal Windows 10

Diterbitkan Januari 15, 2020 oleh ariff bukhari

Kemas kini Windows 10 anda segera.

Agensi Keselamatan Amerika Syarikat (NSA) dilaporkan telah berjaya mengeskploitasi  sistem operasi komputer Windows 10. Pnenemuan kecacatan itu menyebabkan pihak NSA segera memaklumkannya kepada Microsoft dan menerima kredit ke atas penemuan kecacatan sistem komputer tersebut.

Secara khususnya, eksplotasi itu akan membolehkan penggodam menyenmbunyikan perisian hasad disebalik ciri pengesahan cyrptographic.

Malah ia juga mampu mengelirukan imbasan perisian antivirus dengan menyatakan bahawa ia sebagai aplikasi sah.

Microsoft Security Response Center telah sedia maklum dan mengesahkan akan isu ini dan memberitahu, isu ini hanya melibatkan pengguna versi Windows 10 sahaja.

Walaubagaimanapun, pihak NSA percaya isu ini turut menjejaskan sistem operasi Windows Server 2016/2019 juga.

Susulan penemuan kecacatan tersebut, pihak Microsoft telah segera melepaskan kemas kini terbaru kepada semua pengguna Windows 10 hari ini.

Windows 10 update

Menurut Microsoft, setakat ini mereka masih belum mengesan berlakunya eksploitasi kecacatan tersebut kepada pengguna mereka secara terbuka.

Tetapi mereka menasihatkan pengguna supaya mengemas kini sistem komputer Windows 10 mereka dengan segera.

Sumber: PCWorld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY