Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Windows 10

Microsoft Melanjutkan Sokongan Untuk Pengguna Windows 10 Versi 1709

Diterbitkan Mac 21, 2020 oleh ariff bukhari

Semuanya kerana Covid-19.

Semalam Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan sokongan ke atas versi sistem operasi komputer Windows 10 1709.

Walaubagaimanapun, ia hanya terhad untuk versi Windows 10 1709 Enterprise dan Education sahaja. Sokongan terhadap kedua-dua versi Windows tersebut sepatutnya dijadualkan akan berakhir pada 14 April 2020 nanti.

Microsoft memaklumkan bahawa mereka akan melanjutkan selama 6 bulan lagi sokongan ke atas versi Windows 10 1709 Enterprise dan Education. Menjadikan ia akan ditamatkan sokongan sepenuhnya pada 13 Oktober 2020 nanti.

Bermakna dalam sepanjang tempoh tersebut, peranti yang menggunakan versi sistem operasi tersebut akan menerima kemas kini bulanan sehingga bilan Oktober nanti

Perubahan itu dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa ketika ini yang berpunca daripada penularan wabak Covid-19.

“We have been evaluating the public health situation, and we understand the impact this is having on you, our valued customers. To ease one of the many burdens you are currently facing, and based on customer feedback, we have decided to delay the scheduled end of service date for the Enterprise, Education, and IoT Enterprise editions of Windows 10, version 1709. This means devices will receive monthly security updates only from May to October. The final security update for these editions of Windows 10, version 1709 will be released on October 13, 2020 instead of April 14, 2020.” Microsoft.

Walaubagaimanapun, Microsoft amat mengesyorkan pengguna mereka supaya menaik taraf versi Windows 10 mereka kepada versi Windows 10 1809 atau yang terbaru.

Sumber: GHacks

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY