Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Microsoft Edge Kini Adalah Pelayar Kedua Paling Popular Di Dunia

Posted on April 6, 2020

Google Chrome masih kekal di tangga pertama.

Walaupun hanya baru beberapa bulan sahaja ditawarkan secara rasmi kepada semua pengguna, aplikasi pelayar Microsoft Edge kini menjadi pelayar kedua paling popular digunakan pengguna komputer di seluruh dunia.

Ia adalah berdasarkan kepada semakan di laman NetMarket Share bagi status penggunaan aplikasi pelayar yang aktif digunakan pengguna setakat bulan Mac 2020.

Kredit: Market Share

Daripada graf di atas dapat dilihat, penggunaan pelayar Microsoft Edge meningkat dalam tempoh 3 bulan ini.

Peningkatan pelayar tersebut juga telah berjaya mengatasi aplikasi pelayar Firefox yang dilihat semakin menurun penggunaannya dikalangan pengguna komputer.

Ia sekaligus berjaya meletakkan Microsoft Edge sebagai aplikasi pelayar kedua paling popular ketika ini dengan peratus penggunaan sebanyak 7.59%.

Walaubagaimanpun, pelayar Google Chrome masih jauh meninggalkan pesainganya yang lain di mana peratusan penggunaan pelayar tersebut di seluruh dunia adalah sebanyak 68.50%.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress