Microsoft Diberi Lesen Untuk Kembali Berdagang Dengan Huawei Selepas 6 Bulan Lamanya Disekat

Microsoft telah diberi lesen untuk kembali berdagang semula dengan Huawei pada 20 November lalu oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Ia telah dilaporkan oleh Reuters melalui jurucakap Microsoft dalam satu emel.

On November 20, the U.S. Department of Commerce granted Microsoft’s request for a license to export mass-market software to Huawei. We appreciate the Department’s action in response to our request,” seorang jurucakap Microsoft memberitahu Reuters melalui emel.

Pentadbiran dari Donald Trump pada hari Rabu lalu telah memberikan sedikit keringanan kepada syarikat Huawei, yang membenarkan beberapa syarikat pembekal kembali berdagang semula.

Sepertimana Microsoft, Jabatan Perdagangan (Department of Commerce) telah mula memberi lesen kepada beberapa syarikat lain untuk kembali semula berdagang. Pada hari Rabu juga, Amerika Syarikat telah mengatakan kerajaan mereka menerima sekitar 300 permintaan lesen syarikat, yang mana separuh dari jumlah tersebut telah mula diproses. Ada yang sudah diberi lesen dan ada juga yang masih disekat.

Dengan lesen yang diberi melalui Microsoft, Huawei boleh menarik sedikit nafas dan buat masa ini menunggu giliran Google pula untuk diberikan lesen.

Sumber: Reuters

 

Berkaitan