Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Watch GT 2e Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 – Lebih Murah Berbanding Watch GT 2

Huawei Watch GT 2e Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 – Lebih Murah Berbanding Watch GT 2

Diterbitkan April 2, 2020 · Dikemas kini April 3, 2020 oleh Meor Hasyim

Bersama-sama dengan siri P40 dan MatePad Pro, Huawei juga turut melancarkan jam pintar Watch GT 2e untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan penawaran versi Watch GT 2 46mm yang lebih bergaya dan juga dijual pada harga yang lebih rendah.

Huawei Watch GT 2e Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 – Lebih Murah Berbanding Watch GT 2

Jika Watch GT 2 46mm dijual pada harga RM899 dan versi 42mmnya pula pada harga RM799, Watch GT 2e pula pada harga RM599.

Huawei Watch GT 2e Dilancarkan Secara Rasmi Pada Harga RM599 – Lebih Murah Berbanding Watch GT 2

Paparan Huawei Watch GT 2e adalah 1.39 inci AMOLED. Ia juga menggunakan Kirin A1 seperti Watch GT 2 dengan ketahanan bateri sehingga 14 hari.

Di Malaysia terdapat 2 pilihan warna yang dijual iaitu Graphite Black, dan Mint Green. Sekarang anda boleh membuat pra-tempahan di laman rasmi Huawei Malaysia dan juga Lazada bermula esok (3 -10 April) ini untuk menerima hadiah bernilai RM69.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY