Perkara paling 'menarik' pada kedua-dua model ini adalah rekaan modul kamera berbentuk telur. Ia merupakan antara kamera terawal yang menggunakan modul kamera dengan rekaan sebegini.
Huawei Nova 8
Huawei Nova 8 membawakan skrin OLED 6.57 inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Dalam skrin itu juga diletakkan kamera swafoto berlubang 32MP di bahagian tengah dan juga pengimbas cap jari.

Bahagian belakang pula dimuatkan dengan kamera utama 64MP selain 8MP sudut lebar dan 2MP makro/depth.
Ia dikuasakan oleh Kirin 985 bersama-sama 8GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Untuk sistem pengecasan, kapasiti bateri sebanyak 3,800mAh dimuatkan dengan sokongan pengecasan pantas 66W.

Terdapat 4 pilihan warna yang diberikan iaitu perak, ungu, hijau, dan hitam. Harga jualan adalah bermula CNY 3,299 (~RM2,050) dan dijual di China sahaja buat masa ini.
Huawei Nova 8 Pro
Huawei Nova 8 Pro mempunyai skrin lebih besar 6.72 inci OLED FHD+ dan juga lebih pantas dengan 120Hz. Daripada swafoto tunggal, kini terdapat lubang pil pada skrin dengan sensor 16MP utama dan 32MP sudut lebar. Masih terdapat pengimbas cap jari pada skrinnya.

Konfigurasi kamera belakang masih sama dengan Huawei Nova 8 iaitu kamera utama 64MP selain 8MP sudut lebar dan 2MP makro/depth.
Bateri adalah sedikit lebih besar pada 4,000mAh dan pengecasan 66W yang sama. Cip yang dijana juga masih sama iaitu Kirin 985.
Huawei Nova 8 Pro dijual bermula CNY 3,999 (~RM2,483) juga dengan 4 pilihan warna yang sama - perak, ungu, hijau, dan hitam.

Kita mungkin akan melihat siri Huawei Nova 8 ini ke pasaran Malaysia tidak lama lagi memandangkan Huawei juga aktif memasarkan telefon-telefon terkini mereka ke pasaran tempatan.
Berkaitan
- Huawei Mate 40 Pro+ Kalahkan Huawei Mate 40 Pro Untuk Kamera Terbaik DxOMark
- AS Setuju Untuk Halang Syarikat Pengeluar Cip TSMC Daripada Berurusan Dengan Huawei
- iPhone 11 Pro Edisi Terhad Disaluti Emas Diperkenalkan - Harga Hanya RM291,865
- Realme 5S Dilancarkan Di India - Snapdragon 665, Kamera 48MP, Bateri 5000mAh
- Ini Adalah Rupa Bentuk Redmi Note 10, Hadir Dengan Rekaan Modul Kamera 48MP Yang Berlainan
- Harga Siri Huawei P40 Mungkin Dijual Lebih Rendah Disebabkan Ketiadaan Servis Google
- Huawei Nova 8 SE Diperlihatkan Dengan Sisi Rata Seumpama Rekaan iPhone 12
- realme 6i Disahkan Akan Guna Helio G80, 16MP Swafoto, Dan Bateri 5,000mAh
- Huawei P40 Pro Raja Baharu Kamera DxOMark - Peroleh Skor Tertinggi Baik Kamera Belakang Mahupun Swafoto
- Gigabyte Umum Kad Grafik AMD Radeon RX 6800 Dan 6800 XT Untuk Pasaran Malaysia