Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Windows 7 Kini Sudah Mula Beralih Kepada Windows 10

Microsoft Akan Tetap Memasang Kemas Kini Windows 10 Secara Automatik Walaupun Pengguna Tidak Mahukannya

Diterbitkan Oktober 10, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna Windows 10 versi terdahulu tiada pilihan.

Sebelum ini telah dilaporkan pengguna Windows 10 versi 1803 telah menerima peringatan dari pihak Microsoft supaya menaik taraf sistem operasi Windows mereka kepada versi 1903.

Ini berikutan versi Windows tersebut (versi Home dan Pro) tidak lagi akan menerima kemas kini daripada pihak Microsoft selepas dari 12 November 2019 nanti.

Selain itu, Microsoft juga turut memaklumkan bahawa mereka akan memasang secara automatik kemas kini terbaru kepada pengguna yang masih menggunakan versi Windows 10 terdahulu pada komputer mereka.

Ia dimaklumkan sekali lagi menerusi kemas kini Windows 10 v1803 KB4520008 (OS Build 17134.1069) yang dilepaskan baru-baru ini. Sebelum ini Microsoft telah memaklumkannya pada kemas kini Windows 10 May 2019 lalu.

Microsoft menyatakan bahawa tindakan mereka itu adalah sebagai menjamin pengguna mereka menerima kemas kini  terbaru serta ciri-ciri baru yang diperkenalkan untuk para pengguna Windows.

“When Windows 10 devices are at, or within several months of reaching, end of service, Windows Update will begin to automatically initiate a feature update. This keeps those devices supported and receiving the monthly updates that are critical to device security and ecosystem health.”.

Pengguna Windows sejak kebelakangan ini keberatan untuk mengemas kini Ssistem komputer mereka kerana kerap kali berdepan pelbagai isu apabila mereka mengemas kini Windows mereka.

Jadi tidak menghairankan mengapa pihak Microsoft mula memaksa pengguna mereka supaya mengemas kini Windwos mereka walaupun pengguna tidak mahukannya.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
©2026 WISER.MY