Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Naikkan Storan Minimum Untuk Windows 10 Dari 12GB Kepada 32GB

Microsoft Akan Kembalikan Ciri Pilihan Kandungan Kemas Kini Sistem Operasi Windows 10

Diterbitkan September 24, 2019 ยท Dikemas kini September 24, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna Windows akan diberi lebih pilihan bagi memuat turun kandungan kemas kini Windows 10 berkaitan.

Sejak kebelakangan ini, pengguna Windows telah melaporkan pelbagai isu yang didepani mereka selepas melakukan kemas kini ke atas sistem operasi Windows 10 komputer mereka.

Antara yang terbaru adalah berkenaan dengan kuasa pemprosesan yang tiba-tiba meningkat walaupun tidak melakukan pemprosesan sukar serta masalah warna paparan.

Jadi bagi mengatasi masalah ini, pihak Microsoft mengesahkan bahawa mereka akan mengubah cara kemas kini pada Windows 10 tidak lama lagi. Menurut Bleeping Computer, ciri kemas kini Windows 10 terbaru itu akan mengembalikan semula butang pilihan muat turun kandungan kemas kini kepada pengguna sepertimana yang ada pada versi Windows 7 sebelum ini.

Microsoft Akan Kembalikan Ciri Pilihan Kandungan Kemas Kini Sistem Operasi Windows 10
Di bahagian Windows Update akan datang akan terdapat butang pautan “View optional updates” yang memberikan penggunanya memuat turun kandungan kemas kini yang berkaitan sahaja.

Ciri pilihan kemas kini yang ada sebelum ini telah dibuang oleh Microsoft dari Windows 10.Jadi, dengan adanya semula butang pilihan tersebut, pengguna hanya perlu memuat turun kandungan kemas kini yang berkaitan sahaja untuk sistem komputer mereka.

Wlaubagaimanapun, ciri ini dijangka hanya akan hadir pada tahun hadapan dalam kemas kini Window s10 versi 20H1.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY