Kurang setahun dari sekarang.
Microsoft sekali lagi telah mengingatkan para pengguna versi perisian pejabat popular mereka iaitu Office 2010 akan ditamatkan pada 13 Oktober 2020.
"Office 2010 will reach its end of support on October 13, 2020. If you haven't already begun to upgrade your Office 2010 environment, we recommend you start now." Microsoft.
Sebelum ini pada May lalu, Microsoft telah mengumumkan tentang penamatan sokongan terhadap Office 2010. Kini selepas hanya tinggal kurang setahun dari sekarang, Microsoft sekali lagi mengingatkan para pengguna tentang isu penamatan sokongan terhadap perisian pejabat tersebut.
Ini bermakna, selepas tarikh penamatan sokongan tersebut, pengguna Office 2010 tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini, sokongan teknikal, tambahan kandungan, perlindungan ciri keselamatan dari perisian hasad, virus dan aplikasi meragukan serta pengguna tidak lagi boleh memuat turun perisian Office 2010 dari laman Microsoft.
Oleh itu, pihak Microsoft meminta pengguna perisian Office 2010 supaya menaik taraf kepada Office 365 ProPlus yang lebih moden dan menjamin keselamatan data pengguna pada masa akan datang.
Berkaitan
- Ini Adalah Perisian Terbesar Dan Terberat Pernah Microsoft Hantar Kepada Pelanggannya
- Microsoft Akan Menamatkan Sokongan Format Fail .epub Pada Pelayar Microsoft Edge Tidak Lama Lagi
- Sekali Lagi Microsoft Tersalah Hantar Versi Kemas Kini Windows Kepada Pengguna
- Pengguna Windows 10 1809 Kini Terpaksa Rela Menerima Kemas Kini Windows 10 1909 Dari Microsoft
- Microsoft Menyatakan Pengguna Windows Perlu Mematikan Ciri Windows Print Spooler Atau Anda Boleh Digodam
- Microsoft Edge Kini Dengan Ciri 'Block Potentially Unwanted Apps'
- Microsoft Akan Tetap Memasang Kemas Kini Windows 10 Secara Automatik Walaupun Pengguna Tidak Mahukannya
- Microsoft Akan Menghasilkan Peti Sejuk Mini Xbox Series X
- Microsoft Menawarkan Secara Rasmi Pelayar Edge Berasaskan Chromium Kepada Pengguna
- Microsoft Tawar Kemas Kini KB5008353 Untuk Pengguna Windows 11