Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Micron UFS 4.0

Micron Umum Cip Storan UFS 4.0 Paling Kecil Di Dunia

Diterbitkan Februari 27, 2024 · Dikemas kini Februari 28, 2024 oleh Amalina Athman

Syarikat semikonduktor, Micron Technology mengumumkan penyelesaian terbaharunya di MWC 2024. Syarikat itu mendedahkan sampel cip storan UFS 4.0 yang didakwa paling kecil di dunia.

Berkaitan

  • MWC 2024: OPPO Tayang Prototaip Air Glass 3 Dengan Akses AndesGPT
  • Qualcomm Perkenal Platform Modem-ke-Antena 5G Tercanggih Di Dunia

Direka dengan teknologi NAND 3D 232-lapisan, cip UFS 4.0 ini hanya berukuran 9×13 milimeter dengan menawarkan kapasiti storan sehingga 1TB.

Malah ia mampu menyampaikan prestasi dua kali ganda lebih baik daripada generasi sebelumnya – kelajuan baca/tulis berurutan masing-masing pada 4300MBps dan 4000MBps.

Micron UFS 4.0_2

Antara faktor utama Micron membangunkan cip UFS 4.0 yang kecil adalah bagi membolehkan pengeluar menghasilkan reka bentuk telefon pintar dengan saiz optimum serta bateri lebih besar.

Micron UFS 4.0_4

Cip UFS 4.0 ini adalah 20% lebih kecil berbanding penyelesaian 11×13 milimeter yang diumumkan pada Jun lalu. Ia akan mengurangkan penggunaan tenaga tanpa menjejaskan prestasi keseluruhan.

Dari segi ketersediaan, Micron kini menghantar sampel UFS 4.0 yang dinaik taraf dalam tiga varian kapasiti iaitu 256GB, 512GB dan 1TB.

Sumber: Micron, via GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Baharu Microsoft Di Johor Bakal Guna Sistem Penyejukan Jimat Air
©2026 WISER.MY