Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi tws

Mi True Wireless Earphones 2 Pro Dengan Pembatalan Hingar Aktif Bakal Diumum Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Ogos 26, 2020 oleh Amalina Athman

Mi True Wireless Earphones 2 Pro kini muncul dalam penyenaraian Wireless Power Consortium (WPC) dengan nombor model TWSEJ09WM. Menurut Digital Chat Station di Weibo, fon telinga TWS ini dimuatkan dengan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) serta menyokong pengecasan tanpa wayar.

Mi True Wireless Earphones 2 Pro Dengan Pembatalan Hingar Aktif Bakal Diumum Tidak Lama Lagi

Tinjauan di halaman WPC turut memperlihatkan rekaan awal fon telinga itu sebelum Xiaomi mendedahkannya. Fon telinga ini didatangkan dengan rekaan closed-ear berserta tip silikon.

Mi True Wireless Earphones 2 Pro

Seperti kebanyakan fon telinga yang ditawarkan di pasaran, pod pengecasan dilengkapi dengan lampu LED yang akan terpasang apabila dicas. Di bahagian sisi pula terdapat satu butang yang mungkin digunakan untuk menyambungkan fon telinga pada peranti.

Buat masa ini, tiada pengumuman rasmi dari Xiaomi. Namun, Mi True Wireless Earphones 2 Pro dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi untuk pasaran China dengan nama yang berbeza.

Sumber: WPC via GizmoChina

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY