Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi MIX Alpha_04

Dua Tahun Menyepi, Model Baharu Mi MIX Akan Diumumkan Pada Minggu Depan

Diterbitkan Mac 25, 2021 oleh Amalina Athman

Telah pun kita ketahui Xiaomi menjadualkan acara pelancaran produk baharu pada 29 Mac 2021. Melalui acara tersebut, dijangka sejumlah produk serta teknologi baharu akan diperkenalkan.

Antara yang sudah disahkan akan membuat kemunculan pada acara itu termasuk Mi 11 Pro, Mi 11 Ultra dan Mi Notebook Pro. Sebagai tambahan, Xiaomi kini mengesahkan Mi MIX juga akan turut diumumkan pada acara itu nanti.

Mi MIX 2021

Untuk makluman, kali terakhir peranti dalam siri ini dilancarkan adalah pada 2019, iaitu kira-kira dua tahun lalu. Setelah itu, Xiaomi tidak pernah melancarkan mana-mana peranti dalam siri ini.

Dalam pada itu, terdapat spekulasi mengatakan Mi MIX yang akan diperkenalkan kelak bakal hadir dengan rekaan skrin boleh lipat. Sama ada benar atau tidak, nantikan acara pelancaran Xiaomi yang akan diadakan pada 29 Mac 2021, jam 7.30 malam.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY