Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mi Band 5 Sedang Dalam Fasa Pembangunan, Dijangka Pelancarannya Pada Tahun Hadapan

Posted on Ogos 22, 2019

Secara rasmi menggantikan Mi Band 3 pada Jun lalu dipasaran China, Mi Band 4 mula ditawarkan di Malaysia pada bulan yang berikutnya. Walaupun baru memasuki usia 3 bulan, model seterusnya dikatakan sudah berada dalam fasa awal pembangunan.

Ini adalah berdasarkan Huang Wang, CEO Huami, sebuah  syarikat teknologi dari China yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membangunkan peranti boleh pakai Xiaomi. Wang memberitahu perkara itu kepada pelabur pada pembetangan keuntungan suku kedua awal minggu ini.

Difahamkan, penjejak kesihatan tersebut dijangka  membuat kemunculan sekitar penghujung tahun hadapan.

Menerusi edisi terbaru, Mi Band 4, pengeluar telah memberikan beberapa penambahbaikan pada versi tersebut dan perubahan paling ketara adalah skrin sesentuh AMOLED yang dikemaskan dengan paparan berwarna. Mi Band 4 dijual dipasaran tempatan pada harga rasmi RM149.

Sumber: Beebom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress