Mi Band 5 Akan Dikenali Sebagai Mi Smart Band 5 Di Malaysia - Akan Tiba 24 Julai Ini

Mi Band 5 sudah lama dilancarkan di China dan anda sememangnya sudah boleh membeli gelung pintar ini yang dijual secara atas talian. Namun, sebagai set rasmi pasaran Malaysia, ia masih lagi belum dijual.

Hari ini Xiaomi Malaysia membuat pengumuman ketibaannya secara rasmi pada 24 Julai. Apa yang perlu anda tahu adalah ia bakal dikenali dengan nama Mi Smart Band 5. Ia kedengaran pelik namun ia adalah nama yang sama sahaja sepertimana untuk pasaran global.

https://www.facebook.com/XiaomiMalaysia/posts/1518948748309214

Mengimbas kembali spesifikasi, Mi Smart Band 5 hadir dengan paparan AMOLED 1.2 inci serta pengecasan jenis magnetik. Ia juga turut dilengkapi dengan 11 mod kecergasan dan ciri khusus untuk penjejak kitaran haid wanita.

Mengenai pengenalannya untuk pasaran tempatan, tiada maklumat lain yang dikongsi melainkan tarikh sahaja. Jadi sama-samalah kita menunggu berapakah harga yang bakal dijual oleh pihak Xiaomi kelak.

Sumber: Xiaomi Malaysia

Berkaitan