Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Speedtest: Purata Kelajuan Internet Mudah-Alih Di Malaysia Adalah 25.6Mbps Sahaja

Speedtest: Purata Kelajuan Internet Mudah-Alih Di Malaysia Adalah 25.6Mbps Sahaja

Diterbitkan Januari 23, 2021 ยท Dikemas kini Januari 23, 2021 oleh Meor Hasyim

Speedtest kini telah mengeluarkan laporan mengenai stastik kelajuan internet di seluruh dunia. Ia memperlihat kelajuan internet untuk kedua-dua kategori, mudah alih dan juga jalur lebar.

Malaysia menduduki tempat ke-87 secara global dengan kelajuan internet mudah alih purata 25.60Mbps. Jika dibandingkan secara global, Qatar adalah negara dengan terpantas di dunia dengan kelajuan (178.Mbps).

Screenshot (372)

Kelajuan internet mudah-alih Malaysia agak menyedihkan memandangkan ia hampir 2 kali ganda perlahan berbanding kelajuan purata global pada 47.20Mbps.

Namun untuk kategori jalur lebar, mungkin boleh sedikit berbangga kerana ia hampir setaraf dengan kelajuan global pada 96.43Mbps. Untuk kategori ini, Malaysia mempunyai kelajuan purata 94.67Mbps yang meletakkannya pada tangga ke-44 global.

Menariknya, Thailand dan Singapura selaku negara jiran menerajui kelajuan jalur lebar dunia dengan muat turun purata sepantas 308.35Mbps dan 245.31Mps.

Satu lagi pemerhatian menarik adalah kelajuan internet di Malaysia terutamanya mudah-alih mengalami penurunan agak signifikan disebabkan pengumuman PKP sepanjang 2020.

Screenshot (371)

Perkara ini turut diperlihatkan melalui laporan OpenSignal bahawa beberapa rangkaian mengalami masalah untuk memenuhi permintaan internet mudah alih di Malaysia ketika itu.

Sumber: Speedtest

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY