MacBook Pro 16 Inci Kini Punyai Pilihan Grafik Lebih Berkuasa AMD Radeon Pro 5600M

Dalam siri komputer riba Apple, hanya MacBook Pro yang menawarkan kuasa grafik berasingan. Sebelum ini pada MacBook Pro 16 inci, pengguna hanya mempunyai pilihan antara kad grafik AMD Radeon Pro 5500M 4GB atau 8GB.

Terkini, Apple telah mengumumkan satu lagi varian kad grafik lebih berkuasa iaitu Radeon Pro 5600M 8GB untuk komputer riba tersebut. Penyertaan grafik ini hadir dengan tambahan RM2800, namun ia adalah 75% jauh lebih pantas berbanding dengan 5500M sebelum ini.



5600M ini adalah dari memori jenis HBM2, iaitu High Bandwidth Memory dan merupakan kad grafik Radeon RX 5600 XT versi komputer riba. Untuk pengguna yang mahukan lebih kuasa grafik dalam MacBook mereka, sudah tentu pilihan ini sangat memudahkan mereka.

Anda kini sudah boleh mula membeli komputer riba MacBook Pro 16 Inci dengan kad grafik AMD Radeon Pro 5600M ini di laman rasmi Apple Malaysia bermula hari ini.

Beli MacBook di -
Lazada: https://invol.co/clp5ms
Shopee: https://invol.co/clp5mq

Berkaitan