Mi A2 Peranti Android One Pertama Dari Xiaomi Yang Akan Terima Android Pie

Pada pertengahan November lepas, beberapa peranti Mi A2 sudah menerima kemaskini Android Pie.

Kini, Xiaomi telah mengumumkan Mi A2 merupakan model pertama dalam program Android One yang akan menerima sistem operasi terbaru itu.



Kemaskini secara OTA itu bersaiz 1.0789GB dan ia membawakan ciri baru seperti adaptive battery serta sistem navigasi peranti yang lebih mudah.



Belum dapat dipastikan bilakah model Mi A2 lite dan Mi A1 akan dikemaskini dengan Android Pie. Tetapi berdasarkan pemerhatian, Mi A2 Lite mungkin menerima Android Pie terlebih dahulu kerana bulan lalu, sebilangan kecil pengguna Mi A2 lite sudah menerima Android Pie beberapa hari selepas peranti Mi A2.