Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 11 ultra 2

Mi 11 Ultra Semakin Hampir, Sudah Terima Kelulusan Di Indonesia

Diterbitkan Mac 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Xiaomi nampaknya bakal memperkenalkan peranti yang berkuasanya menerusi Mi 11 Ultra tidak lama lagi kerana ia sudah menerima kelulusan di Indonesia.

Berdasarkan maklumat yang tertiris, tiada sebarang spesifikasi yang didedahkan melainkan nombor model peranti ini iaitu M2102K1G.

Mi 11 Ultra Semakin Hampir, Sudah Terima Kelulusan Di Indonesia

Namun, ura-ura sebelum ini melaporkan peranti tersebut dijangka hadir dengan Snapdragon 888, paparan 6.81 inci WQHD+ AMOLED dengan kadar penyegaran 120Hz.

Turut mempunyai penarafan IP68, bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 67W bagi berwayar dan tanpa wayar serta 10W pengecasan berbalik.

Mi 11 ultra 1

Dari segi kamera, ini mungkin menjadi perhatian kerana dikhabarkan Mi 11 Ultra adalah peranti pertama yang akan menggunakan sensor terbaru dari Samsung iaitu sensor 50MP ISOCELL GN2.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi kamera 48MP ultra-lebar, 48MP zum periskop dan zum digital 120x.

Sumber: pricebaba

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
©2026 WISER.MY