Disember lalu, Xiaomi telah melancarkan Mi 11 di China yang mana telefon pertama menggunakan cip Snapdragon 888.
Penawaran Mi 11 pula lebih luas selepas ini kerana Mi 11 Lite turut akan hadir tidak lama lagi.
Terbaru, Mi 11 akan mempunyai varian paling berkuasa menerusi Mi 11 Ultra.
Menurut Ice Universe, Mi 11 Ultra akan menjadi telefon andalan pertama menggunakan sensor 50MP ISOCELL GN2 dari Samsung.
GN2→Mi11 Ultra
— Ice universe (@UniverseIce) February 23, 2021
Buat pengetahuan, Samsung baru sahaja mengumumkan sensor baharu ini semalam. Sensor baharu ini menerima naik taraf lebih berbaik berbanding sensor GN1.
Menerusi sensor GN2, ia mampu merakam video 1080p dengan kadar bingkai 480 (fps) dan video 4K dengan 120 fps.
Ia juga hadir dengan teknologi autofocus baharu iaitu Dual Pixel Pro. Bermakna, imej dapat difokus lebih baik dalam persekitaran kurang cahaya atau objek bergerak.
Berbalik kepada Mi 11 Ultra, dikhabarkan mungkin dilengkapi kamera utama 50MP, 48MP ultra-lebar dan 48MP telefoto.
Melihat spesifikasi ini, nampaknya Mi 11 Ultra akan menjadi sebuah telefon pintar yang dapat bersaing dalam fotografi mudah alih.
Laporan ini mungkin benar kerana Xiaomi dan Samsung telah lama bekerjasama dalam penawaran teknologi kamera seperti telefon Mi Note 10 dan Redmi Note 8.
Sumber: gizchina