Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Mi 11 Pro Turut Dijangka Hadir Dengan Skrin Kedua Di Belakang Telefon

Posted on Mac 18, 2021

Kami telah melaporkan sebelum ini bahawa Xiaomi Mi 11 Ultra sudah menerima kelulusan di Indonesia.

Antara perkara menarik pada Mi 11 Ultra adalah modul kamera yang agak unik kerana ia sangat besar pada bahagian belakang.

Selain itu, terdapat juga skrin kedua bersebelahan dengan kamera tersebut. Kini, maklumat terbaru mengatakan Mi 11 Pro juga dijangka hadir dengan modul kamera sedemikian.

Dari imej yang tertiris, ia jelas kelihatan bahawa terdapat dua lensa pada bahagian atas dan satu lensa periskop. Di sebelah kanan lensa ini, tampil dengan skrin kecil.

Menurut sumber, skrin ini bakal memaparkanĀ self timerĀ semasa mengambil gambar. Ada juga mengatakan ia akan digunakan untuk melihat wajah ketika foto swafoto diambil.

Tambahan lagi, kedua-dua telefon tersebut juga mungkin menggunakan sensor terbaru dari Samsung iaitu 50MP ISOCELL GN2.

Mi 11 Pro dan Mi 11 Ultra dijangka akan diperkenalkan pada April ini. MenurutĀ DigitalChatStation, banyak produk Xiaomi akan dilancarkan dalam bulan tersebut termasuk Mi 11 Lite.

Sumber: mysmartprice

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress