Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MG EXE181

MG Dedah EV Konsep EXE181, Pecut 0 Ke 100km/j Kurang Dari 1 saat

Diterbitkan April 30, 2024 ยท Dikemas kini April 30, 2024 oleh ariff bukhari

Pengeluar kereta terkemuka, MG memperkenalkan konsep kenderaan elektrik (EV) yang inovatif pada pameran Auto China 2024.

Dikenali sebagai EXE181, EV konsep berprestasi tinggi ini dijangka merevolusikan industri automotif dengan reka bentuk dan prestasi yang luar biasa.

Mempunyai bentuk yang diilhamkan oleh ‘kereta Vision Gran Turismo‘ yang ikonik, MG menyasarkan EXE181 mampu memecut dari 0 ke 100km/j di bawah 1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 415km/j menerusi empat motor elektriknya.

MG EXE181

Salah satu ciri yang paling luar biasa bagi EXE181 ialah kecekapan aerodinamiknya, di mana seretannya hanya 0.181.

EXE181 juga menyasarkan untuk menetapkan rekod kelajuan darat baharu mengatasi pendahulunya, model EX181 yang asli di mana ia dikuasakan enjin supercharge 1.5l dengan modifikasi berat dari kerangka MG A.

MG EXE181
MG EXE181

Kereta itu yang dipandu oleh Phil Hill telah mencatatkan rekod kelajuan 395km/j yang dibuat di Tasik Garam, Bonneville, Utah AS pada 1959 dahulu.

Kenderaan itu memegang rekod itu sehingga 2014, apabila ia akhirnya diatasi oleh Bugatti.

MG Dedah EV Konsep EXE181, Pecut 0 Ke 100km/j Kurang Dari 1 saat

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: MG, Car Expert

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY