MFL Lancar Aplikasi Khusus Untuk Peminat Bola Sepak Tempatan

Pelancaran Pra Musim 2019 Malaysia Football League telah berlangsung dengan jayanya tempoh hari.

Selain memperkenalkan logo baru dan barisan penaja bagi mengharungi musim 2019, acara itu juga telah memperkenalkan sebuah aplikasi khusus untuk peminat bola sepak tempatan.



Aplikasi MFL itu akan menawarkan kemudahan seperti berita terkini, jadual perlawanan, keputusan, statistik perlawanan, pembelian tiket, serta turut menyediakan permainan "Football Manager Liga Malaysia".



Aplikasi yang dibangunkan ini merupakan kerjasama antara MFL dan Fanskick.com akan mula ditawarkan pada platform Google PlayStore dan AppStore pada 23 Januari ini. Walaubagaimanapun, ia sudah kelihatan sedia dimuat turun untuk pengguna Android.



Setahun yang lalu, aplikasi Fanskick telah diperkenalkan dengan penawaran ciri-ciri serupa.

Kerjasama bersama iflix yang telah terjalin sejak Januari 2018 bakal diteruskan dengan penyediaan pengalaman tontonan berkualiti tinggi yang lebih interaktif.

Sumber: Malaysian Football League