Google Lancar Program TV Kanak-Kanak Untuk Youtube Red

Servis penstriman video atas talian Google, iaitu Youtube bercadang untuk menawarkan empat siri rancangan kanak-kanak yang dihasilkan oleh komuniti pencipta kandungan Youtube. Syarikat itu akan mula menyiarkan program tersebut pada bulan April ini dan ia boleh distrim melalui langganan Youtube Red. Youtube sebelum ini telah melancarkan servis langganan tanpa iklan pada tahun 2015 dengan cas bulanan $9.99 (~RM 44.45) dan menyiarkan kandungan video original.

yto_KidsScreenMiamie_SizzleThumb_en_1600x900_005_v1

Antara rancangan kanak-kanak yang bakal disiarkan pada Youtube Red adalah Hyperlinked, Dan TDM Creates A Big Scene, The King of Atlantis, dan Fruit Ninja: Frenzy Force. Pengumuman tentang perkara ini telah dibuat sempena Youtube meraikan ulangtahun ke-2 pelancaran aplikasi YouTube Kids yang mana ia telah ditonton lebih dari 30 bilion kali dan mempunyai 8 juta penonton aktif setiap minggu.

Dengan persaingan sengit dari platform penstriman video atas talian yang lain, YouTube dilihat tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan video yang dihasilkan dari pencipta kandungan amatur. Jadi YouTube yang juga anak syarikat Google memulakan langkah dengan melabur dalam pembikinan video kandungan original yang mensasarkan penonton cilik dan remaja. Hal ini kerana, peringkat umur tersebut sudah kurang menonton rancangan dan filem di TV.

Sumber: Blog Rasmi YouTube